Wednesday, July 29, 2009

Jiwa Kekawan

Dah lama nak kongsi cerita ni. Tapi tak berkesempatan.

Cerita 1
Masa cuti sekolah bulan 5 dan 6 hari tu, kami sekeluarga balik kampung. Bila lalu kat jalan raya tu, anak-anak pun ternampaklah kereta warna macam kereta umi Azam. Ain pun cakap eh..eh.. kereta Azam. Lepas tu jalan lagi, nampak lah pulak kereta yang warnanya macam kereta mak Mus'ab. Shafi pun cakap: tu kereta Mus'ab. Entah ya entah tidak. rasanya warna je sama. Tapi kereta orang lain. Tapi tak kisahlah. Ia menunjukkan ingatan anak-anak al-Humairaa kepada kawan-kawannya sangat kuat.

Cerita 2
Bila bercuti di rumah setiap hujung minggu, anak-anak akan main macam-macam aktiviti. Dalam setiap aktiviti yang dilakukan tu, nama kawan tak pernah lekang dari bibir. Kalau main cikgu-cikgu, mesti nama anak muridnya sama dengan nama kawan-kawannya di al-humairaa. Kalau ada yang terkencing kat lantai masa di taska, maka isu itu juga akan berlaku dalam aktiviti di rumah. Siap pot pet pot pet lagi mulut ain marahkan anak muridnya yang kononnya terkencing tu. Lepas tu mula lah korbankan diaper dia sendiri untuk dipakaikan kat anak muridnya. Selalunya teddy bear akan jadi anak murid dan guna nama kawan-kawannya. Kalau teddy bear tu bulat sikit, dia letak nama Sumayyah. Teddy bear yang kurus dia bagi nama Aina.
Sorry ya Sumayyah dan Aina.


Puan R

Tuesday, May 26, 2009

Mahal Tapi Mestilah BerQualiti


tahniah..untuk pengusaha taska alhumairaa semoga lebih maju jayadalam program yang disediakan dan semoga memberi perkhimatan yang lebih berkualiti..insyaallah

tahniah juga untuk kakak2 tab kerana bejaya kentalkan semangat n sabar mengajar n mendidik anak2 taska alhumairaa..

aslkm..sy tertarik kali ini untuk mengucapkan selamat hari guru pada mereka yang rasa dirinya seorang guru...

ok sebenarnya sy ada cerita best..kat sekolah sy ni sy bg kengkawan tengok blog taska alhumairaa..mereka amat teruja dengna program yang disediakan.. bangga jugaklah..

adalah 1 cerita..belakau di dengkel kalu tak silap nama nye ..syy rahsia...ramai yg komplen ank2 tak mau pergi sekolah..bila tanya anak..kata tak mau g sekolah.

ada anak member ni pulak sampai masuk spital pasal anaknya tak boleh kencing sampai ada kuman..bila ditanya kenapa jd gtu rupanya..kakak garang gle..bile mengajar umur 3-5 tahun bile tak dapat bc iqra' ckg cubit sampai lebam kat tepi peha..banyak pulak tu..anak mereka ada hari2 tertentu yg tak mau ke sekolah...

sy cakap lah alhamdulilah anak sy selalu cakap nak sekolah nak sekolah..ada tarikan lah kot..pastu member ni ckap lah agaknya murah yurannya tu yg x ada kualiti.sebulan rm60

dia tanya saya sambil tengok blog yuran berapa saya cakap rm310 depa terkejut!! depa ckap tak apa lah cukup segalanya ada kualiti.. sy cakap..duk bangi memang mahal....hehe..tp tu lah nak cakap ..alhamdulilah kakak2 tab alhumaira bagus2 pasal maknah selaku pantau.n perbaiki

Daripada Ross

Terharu

Saya pun nak ucapkan tahniah kepada guru2 di taska alhumaira.bila maknah mesej minggu

lepas kata anak2 dah boleh baca suku kata a dan i.rasa terharu sgt.yela kita as
parents brp jam sgtla jumpa anak2 kan.

Puan Mardhiah

Wednesday, March 4, 2009

Testimoni Anak Baru

Masa hantar anak sulung I kat mak nah dulu dekat dua minggu jugak dia nangis. Tapi I tak kisah sangat sebab dia tak biasa dengan taska. Dari kecik dia dijaga sepenuhnya oleh bapaknya. Masa tu bapaknya cuti tanpa gaji.

Anak nombor dua, I hantar kat taska lain. Hari-hari dia nangis selama SATU TAHUN. Siap berguling guling lagi depan pintu taska.

Lepas tu I decide untuk hantar dia kat taska mak nah di fasa 4. Nangis tetap nangis. Tapi minggu pertama je. Lepas tu ok.

Anak nombor tiga, masa hantar kat mak nah, dia mogok makan dan mogok bercakap. Sampai mak nah tanya I, biasanya bawak makanan dari rumah ke pergi taska. Tapi seminggu dua je. Lepas tu dah over lah pulak.

Sampai kan hari taska tutup pun dia nak pergi jugak. Dan dia siap cakap:
"Apasal mak nah tutup taska hari ni (ahad)?. Orang nak pergi taska lah."
Mogok bercakap pun dah hilang. Bahkan dah jadi terlebih becok lah pulak.

Ada kawan-kawan cakap, nak elak anak nangis masa hantar kat taska, suruh je bapak dia hantar. Sebab, anak biasanya jarang nangis bila bapak hantar. Tapi I tak pasti betul ke tak. Sebab, kadang-kadang anak I nangis jugak masa bapak dia orang hantar.
Anyway, nangis tu pada I adalah satu fasa yang memang dilakukan oleh anak bila kita hantar dia kat taska. Especially taska baru bagi mereka. Masa tu rasanya mereka nak uji kita, tahan tak dengan tangisan mereka. Kalau kita biarkan, lama-lama mereka akan faham bahawa nangis pun tak guna sebab mak tetap tinggalkan dia kat taska. Dan akhirnya dia tak nangis lagi. Kalau kita tewas dengan tangisan mereka, pasti mereka akan nangis lagi.

Tapi bab yang anak nombor dua I nangis sampai satu tahun tu, I pun tak tahu nak cakap apa. So, don't worry. Bila anak dah mula enjoy dengan aktiviti di taska, I'm sure he'll be happy and tak sabar nak gi taska.

Ummi Shafi, Ain Tasnim & Shamil