Wednesday, July 29, 2009

Jiwa Kekawan

Dah lama nak kongsi cerita ni. Tapi tak berkesempatan.

Cerita 1
Masa cuti sekolah bulan 5 dan 6 hari tu, kami sekeluarga balik kampung. Bila lalu kat jalan raya tu, anak-anak pun ternampaklah kereta warna macam kereta umi Azam. Ain pun cakap eh..eh.. kereta Azam. Lepas tu jalan lagi, nampak lah pulak kereta yang warnanya macam kereta mak Mus'ab. Shafi pun cakap: tu kereta Mus'ab. Entah ya entah tidak. rasanya warna je sama. Tapi kereta orang lain. Tapi tak kisahlah. Ia menunjukkan ingatan anak-anak al-Humairaa kepada kawan-kawannya sangat kuat.

Cerita 2
Bila bercuti di rumah setiap hujung minggu, anak-anak akan main macam-macam aktiviti. Dalam setiap aktiviti yang dilakukan tu, nama kawan tak pernah lekang dari bibir. Kalau main cikgu-cikgu, mesti nama anak muridnya sama dengan nama kawan-kawannya di al-humairaa. Kalau ada yang terkencing kat lantai masa di taska, maka isu itu juga akan berlaku dalam aktiviti di rumah. Siap pot pet pot pet lagi mulut ain marahkan anak muridnya yang kononnya terkencing tu. Lepas tu mula lah korbankan diaper dia sendiri untuk dipakaikan kat anak muridnya. Selalunya teddy bear akan jadi anak murid dan guna nama kawan-kawannya. Kalau teddy bear tu bulat sikit, dia letak nama Sumayyah. Teddy bear yang kurus dia bagi nama Aina.
Sorry ya Sumayyah dan Aina.


Puan R

Tuesday, May 26, 2009

Mahal Tapi Mestilah BerQualiti


tahniah..untuk pengusaha taska alhumairaa semoga lebih maju jayadalam program yang disediakan dan semoga memberi perkhimatan yang lebih berkualiti..insyaallah

tahniah juga untuk kakak2 tab kerana bejaya kentalkan semangat n sabar mengajar n mendidik anak2 taska alhumairaa..

aslkm..sy tertarik kali ini untuk mengucapkan selamat hari guru pada mereka yang rasa dirinya seorang guru...

ok sebenarnya sy ada cerita best..kat sekolah sy ni sy bg kengkawan tengok blog taska alhumairaa..mereka amat teruja dengna program yang disediakan.. bangga jugaklah..

adalah 1 cerita..belakau di dengkel kalu tak silap nama nye ..syy rahsia...ramai yg komplen ank2 tak mau pergi sekolah..bila tanya anak..kata tak mau g sekolah.

ada anak member ni pulak sampai masuk spital pasal anaknya tak boleh kencing sampai ada kuman..bila ditanya kenapa jd gtu rupanya..kakak garang gle..bile mengajar umur 3-5 tahun bile tak dapat bc iqra' ckg cubit sampai lebam kat tepi peha..banyak pulak tu..anak mereka ada hari2 tertentu yg tak mau ke sekolah...

sy cakap lah alhamdulilah anak sy selalu cakap nak sekolah nak sekolah..ada tarikan lah kot..pastu member ni ckap lah agaknya murah yurannya tu yg x ada kualiti.sebulan rm60

dia tanya saya sambil tengok blog yuran berapa saya cakap rm310 depa terkejut!! depa ckap tak apa lah cukup segalanya ada kualiti.. sy cakap..duk bangi memang mahal....hehe..tp tu lah nak cakap ..alhamdulilah kakak2 tab alhumaira bagus2 pasal maknah selaku pantau.n perbaiki

Daripada Ross

Terharu

Saya pun nak ucapkan tahniah kepada guru2 di taska alhumaira.bila maknah mesej minggu

lepas kata anak2 dah boleh baca suku kata a dan i.rasa terharu sgt.yela kita as
parents brp jam sgtla jumpa anak2 kan.

Puan Mardhiah

Wednesday, March 4, 2009

Testimoni Anak Baru

Masa hantar anak sulung I kat mak nah dulu dekat dua minggu jugak dia nangis. Tapi I tak kisah sangat sebab dia tak biasa dengan taska. Dari kecik dia dijaga sepenuhnya oleh bapaknya. Masa tu bapaknya cuti tanpa gaji.

Anak nombor dua, I hantar kat taska lain. Hari-hari dia nangis selama SATU TAHUN. Siap berguling guling lagi depan pintu taska.

Lepas tu I decide untuk hantar dia kat taska mak nah di fasa 4. Nangis tetap nangis. Tapi minggu pertama je. Lepas tu ok.

Anak nombor tiga, masa hantar kat mak nah, dia mogok makan dan mogok bercakap. Sampai mak nah tanya I, biasanya bawak makanan dari rumah ke pergi taska. Tapi seminggu dua je. Lepas tu dah over lah pulak.

Sampai kan hari taska tutup pun dia nak pergi jugak. Dan dia siap cakap:
"Apasal mak nah tutup taska hari ni (ahad)?. Orang nak pergi taska lah."
Mogok bercakap pun dah hilang. Bahkan dah jadi terlebih becok lah pulak.

Ada kawan-kawan cakap, nak elak anak nangis masa hantar kat taska, suruh je bapak dia hantar. Sebab, anak biasanya jarang nangis bila bapak hantar. Tapi I tak pasti betul ke tak. Sebab, kadang-kadang anak I nangis jugak masa bapak dia orang hantar.
Anyway, nangis tu pada I adalah satu fasa yang memang dilakukan oleh anak bila kita hantar dia kat taska. Especially taska baru bagi mereka. Masa tu rasanya mereka nak uji kita, tahan tak dengan tangisan mereka. Kalau kita biarkan, lama-lama mereka akan faham bahawa nangis pun tak guna sebab mak tetap tinggalkan dia kat taska. Dan akhirnya dia tak nangis lagi. Kalau kita tewas dengan tangisan mereka, pasti mereka akan nangis lagi.

Tapi bab yang anak nombor dua I nangis sampai satu tahun tu, I pun tak tahu nak cakap apa. So, don't worry. Bila anak dah mula enjoy dengan aktiviti di taska, I'm sure he'll be happy and tak sabar nak gi taska.

Ummi Shafi, Ain Tasnim & Shamil

Thursday, November 20, 2008

Testimoni Daripada Ex-Parent alHumairaa Sepang

Taska AlHumairaa pernah membuka cawangannya di Sepang suatu ketika dulu.

Disertakan satu testimoni daripada bekas parent alHumairaa seperti mana yang diemailkan kepada kami:-

"Salam.....
Terima kasih sbb sempat lagi meluangkan masa menjawap soalan cepumas saya.. icha kirim salam... alhamdulillah keputusan periksa akhir dia agak memberangsangkan cuma matematik aje dia dapat B - 77. yang lain semua A. Sekolah petang dia dapat no 5 sama jugak seperti tahun lepas... al-quran dah juz 7.
Hasil dari didikan m.nah dulu...
saya ucapkan terima kasih sgt2...Kerja rumah pun alhamdulillah sema dia boleh buat..
dari bab menyapu hingga laa skrg dah kena gosok baju sekolah sdn mcm myra..

ok m.nah tima kasih byk2... ada masa jemput laa kerumah dah lama kita tak jumpe...icha pun sibuk bertanya...

wasalam."

Raja Julilah

Friday, November 7, 2008

Testimoni Kedua - Berkongsi Pandangan dan Pendapat

Assalamu'alaikum wbt

Sebagai ibu bapa, saya amat menghargai segala usaha pihak taska mendidik anak-anak di taska. Ketiga-tiga anak saya telah dan sedang melalui fasa pembesaran awal bersama Taska Al-Humaira'. Dan saya sering mencadangkan pada rakan-rakan saya tentang kelebihan menghantar anak-anak ke Taska Al-Humaira' berdasarkan kepada hasil yang saya lihat pada anak pertama saya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan saya supaya pihak taska dapat mengekalkan atau meningkatkan kualiti yang sedia ada berkadar terus dengan kenaikan harga yang telah ditetapkan oleh pihak taska. Sekitar Bandar Baru Bangi masih banyak taska yang mana yurannya masih kurang dari RM300 per bulan bagi tahun hadapan, ada juga yang kurang RM200.00. Tapi saya tetap memilih Al-Humaira' untuk anak saya.

Dengan itu saya mengharapkan agar pihak taska tidak mensia-siakan kepercayaan ibubapa terhadap pengurusan dan pentadbiran taska. Pendidikan perlu dilakukan dengan penuh dan kasih sayang dan mempunyai pemikiran yang amat positif terhadap perkembangan pembesaran anak-anak bukan sahaja di peringkat pengurusan malah di peringkat kakak-kakak yang menjaga anak-anak.

Kakak-kakak juga perlu diambil hati agar mereka rasa seronok dan gembira ketika menjaga anak-anak ini. Peranan ini perlu diambil oleh para ibubapa amnya dan pihak pengurusan taskan khasnya. Kadang-kadang penghargaan perlu diberikan pada kakak-kakak ini di atas kepenatan mereka menjaga anak-anak seharian.
Sekian dulu.
Wassalam

Testimoni Satu - HARAPAN SEBAGAI IBUBAPA

Saya rasa teruja pulak nak kongsi pengalaman dengan ibubapa anak-anak di taska al-humairaa'. Anak saya adalah orang ketujuh yang masuk ke taska mak nah. Masa tu tahun 1998 kalau tak silap. Mak Nah masih bujang lagi. Belum pakai nama al-Humairaa' lagi. Nama masa tu Taman Mumtaz di Seksyen 2 (jalan 2/4D).

Masa tu saya tinggal di seksyen 3, tak de kereta. So jalan kaki hantar anak ke taska. Hantar kat mak nah tu pun sebab anak saya dah fobia dengan taska sebelumnya yang dekat dengan rumah yang saya sewa. Sampai satu tahap, anak saya nampak pagar taska yang hijau tu je, dia dah meraung. Tapi saya tak faham.Saya biarkan sampai tiga minggu.

Akhirnya saya rasa ada sesuatu yang tak kena, jadi saya pindahkan dan hantar kat mak nah. Saja cuba. Kebetulan kakak ipar mak nah satu ofis dengan saya. Lepas tu mak nah pindahkan taska ke fasa 4 (bukan yang sekarang). Saya pun ikut pindahkan anak ke sana walaupun masa tu masih tak de kereta. Pergi naik teksi atau bas. Masa tu bas sum yang merah tu. Balik kadang-kadang tumpang kawan. Sekarang anak yang saya hantar tu dah umur 12 tahun.


Masa saya dapat anak nombor dua (lima tahun lepas), taska al-Humairaa' dah wujud tapi kat seksyen 7. Saya pula masa tu tinggal kat seksyen 15. Terasa pulak jauhnya nak hantar anak ke seksyen 7. Walhal dah ada kereta. Jadi saya hantar taska yang dekat dengan rumah. Selepas beberapa tahun di taska tu, anak saya mula memberontak bila ke taska. Berlakulah adegan kejar mengejar anak dalam kereta. Sebab anak tak nak turun. Kadang-kadang hantar jalan kaki sebab dekat dengan rumah. Tapi anak ni cerdik. Dia dah hafal jalan ke taska. Bila sampai kat simpang nak ke taska, dia kata tak nak ikut jalan tu, sebab dia tak nak pergi taska.

Dua tahun lepas saya pindah pulak ke seksyen 3. Pindahkan sekali anak ke taska lain yang juga dekat dengan rumah baru. Yang harunya, setahun saya hantar kat taska baru, setahun tu lah dia nangis setiap kali hantar. Siap berguling guling kat depan pintu taska. Sampai saya kata kat suami, saya nanti boleh sakit jiwa. Masa yang sama saya tengah buat PhD. Saya memang tak boleh nak buat kerja, sebab emosi saya bercelaru.


Akhirnya saya ternampak banner taska al-Humairaa' cawangan seksyen 4. Saya pergi jumpa mak nah kat situ dan akhirnya pindah anak ke al-Humairaa'. Walaupun mak nah kata kat saya, pengusaha taska semuanya sama je, sebab mereka kursus sama sama, tapi saya rasa tak semua pengusaha taska laksanakan apa yang mereka dapat daripada kursus. Pelik bin ajaib, bila anak saya hanya menangis pada peringkat awal sahaja, tak sampai dua minggu pun. Lepas tu OK, sampai hari ni.

Malah kalau lama cuti dia pulak yang sibuk tanya bila nak pergi taska mak nah? Dan saya masih lagi jumpa dengan parents yang masih setia hantar anak kat taska mak nah. Bayangkan, daripada tahun 1998 saya jumpa dia hantar anak, sekarang pun dia masih hantar anaknya kat taska yang sama.

Saya ingat saya sorang yang setia. Sekarang ni tiga anak saya kat taska al-humairaa'. Pada saya, tak semua parents berkira soal bayaran. Yang penting kualiti.


Kongsi Pengalaman Dulu dan Kini

Saya rasa teruja pulak nak kongsi pengalaman dengan ibubapa anak-anak di taska Al-Humairaa'. Anak saya adalah orang ketujuh yang masuk ke taska Mak Nah.

Masa tu tahun 1998 kalau tak silap. Mak Nah masih bujang lagi. Belum pakai nama Al-Humairaa' lagi. Nama masa tu Taman Mumtaz di Seksyen 2 (jalan 2/4D). Masa tu saya tinggal di seksyen 3, tak de kereta. So jalan kaki hantar anak ke taska. Hantar kat mak nah tu pun sebab anak saya dah fobia dengan taska sebelumnya yang dekat dengan rumah yang saya sewa. Sampai satu tahap, anak saya nampak pagar taska yang hijau tu je, dia dah meraung. Tapi saya tak faham. Saya biarkan sampai tiga minggu. Akhirnya saya rasa ada sesuatu yang tak kena, jadi saya pindahkan dan hantar kat Mak nah.

Saja cuba. Kebetulan kakak ipar Mak Nah satu ofis dengan saya. Lepas tu Mak Nah pindahkan taska ke fasa 4 (bukan yang sekarang). Saya pun ikut pindahkan anak ke sana walaupun masa tu masih tak de kereta. Pergi naik teksi atau bas. Masa tu bas sum yang merah tu. Balik kadang-kadang tumpang kawan.

Sekarang anak yang saya hantar tu dah umur 12 tahun. Masa saya dapat anak nombor dua (lima tahun lepas), taska al-Humairaa' dah wujud tapi kat seksyen 7. Saya pula masa tu tinggal kat seksyen 15. Terasa pulak jauhnya nak hantar anak ke seksyen 7. Walhal dah ada kereta. Jadi saya hantar taska yang dekat dengan rumah.
Selepas beberapa tahun di taska tu, anak saya mula memberontak bila ke taska. Berlakulah adegan kejar mengejar anak dalam kereta. Sebab anak tak nak turun. Kadang-kadang hantar jalan kaki sebab dekat dengan rumah. Tapi anak ni cerdik. Dia dah hafal jalan ke taska. Bila sampai kat simpang nak ke taska, dia kata tak nak ikut jalan tu, sebab dia tak nak pergi taska.

Dua tahun lepas saya pindah pulak ke seksyen 3. Pindahkan sekali anak ke taska lain yang juga dekat dengan rumah baru. Yang harunya, setahun saya hantar kat taska baru, setahun tu lah dia nangis setiap kali hantar. Siap berguling guling kat depan pintu taska. Sampai saya kata kat suami, saya nanti boleh sakit jiwa. Masa yang sama saya tengah buat PhD. Saya memang tak boleh nak buat kerja, sebab emosi saya bercelaru.

Akhirnya saya ternampak banner taska al-Humairaa' cawangan seksyen 4. Saya pergi jumpa Mak Nah kat situ dan akhirnya pindah anak ke al-Humairaa'. Walaupun Mak Nah kata kat saya, pengusaha taska semuanya sama je, sebab mereka kursus sama sama, tapi saya rasa tak semua pengusaha taska laksanakan apa yang mereka dapat daripada kursus. Pelik bin ajaib, bila anak saya hanya menangis pada peringkat awal sahaja, tak sampai dua minggu pun. Lepas tu OK, sampai hari ni. Malah kalau lama cuti dia pulak yang sibuk tanya bila nak pergi taska Mak Nah?

Dan saya masih lagi jumpa dengan parents yang masih setia hantar anak kat taska Mak Nah. Bayangkan, daripada tahun 1998 saya jumpa dia hantar anak, sekarang pun dia masih hantar anaknya kat taska yang sama. Saya ingat saya sorang yang setia. Sekarang ni tiga anak saya kat taska al-Humairaa'.

Pada saya, tak semua parents berkira soal bayaran. Yang penting kualiti.
----- Original Message -----
From: wan
Sent: Wednesday, November 05, 2008 6:03 PM
Subject: Re: [GeniusKidsCentre] HARAPAN SEBAGAI IBUBAPA



Terima kasih di atas saranan dan cadangan serta kepercayaan kepada taska alhumairaa.

From: Shazamawati Zam Hashari <shazazh@gmail.com>
To: GeniusKidsCentre@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 5, 2008 10:16:52 AM
Subject: [GeniusKidsCentre] HARAPAN SEBAGAI IBUBAPA


Assalamu'alaikum wbt

Sebagai ibu bapa, saya amat menghargai segala usaha pihak taska mendidik anak-anak di taska. Ketiga-tiga anak saya telah dan sedang melalui fasa pembesaran awal bersama Taska Al-Humaira'. Dan saya sering mencadangkan pada rakan-rakan saya tentang kelebihan menghantar anak-anak ke Taska Al-Humaira' berdasarkan kepada hasil yang saya lihat pada anak pertama saya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan saya supaya pihak taska dapat mengekalkan atau meningkatkan kualiti yang sedia ada berkadar terus dengan kenaikan harga yang telah ditetapkan oleh pihak taska. Sekitar Bandar Baru Bangi masih banyak taska yang mana yurannya masih kurang dari RM300 per bulan bagi tahun hadapan, ada juga yang kurang RM200.00. Tapi saya tetap memilih Al-Humaira' untuk anak saya.

Dengan itu saya mengharapkan agar pihak taska tidak mensia-siakan kepercayaan ibubapa terhadap pengurusan dan pentadbiran taska. Pendidikan perlu dilakukan dengan penuh dan kasih sayang dan mempunyai pemikiran yang amat positif terhadap perkembangan pembesaran anak-anak bukan sahaja di peringkat pengurusan malah di peringkat kakak-kakak yang menjaga anak-anak.

Kakak-kakak juga perlu diambil hati agar mereka rasa seronok dan gembira ketika menjaga anak-anak ini. Peranan ini perlu diambil oleh para ibubapa amnya dan pihak pengurusan taskan khasnya. Kadang-kadang penghargaan perlu diberikan pada kakak-kakak ini di atas kepenatan mereka menjaga anak-anak seharian.

Sekian dulu.
Wassalam


Shazamawati Zam hashari