Assalamualaikum Mak Nah..
Alhamdulillah..ruhil dah menjangkau usia 2 tahun arini..
2 tahun ALLAH pinjamkan anak yang sempurna itu kepada ibu dan bapak..sungguh membahagiakan, semoga ia dipinjamkan selamanya..
Sejak 2-3minggu lepas, ibu dah mula ‘atuq’ ruhil ke tandas 2-3 jam sekali.. ada 1-2 hari yang dapat perfect, iaitu diapers ‘reusable’ the whole day..kalau dapat weekend,buat laa..kalau weekdays, buat pada waktu malam..syukur..positif! tapi masih belum boleh biarkan melilau tanpa pakai langsung.. kebanyakan masa di rumah, ibu dan bapak y x commit sbb kadang2 keluar shopping, kadang2 kt rumah terlupa, dan ada kerja yang dibuat sampai xbleh maintain..
Di pihak taska, ibu dan bapa masih fleksible untuk menunggu kakak TAB ‘lega2’ sikit.. kami paham keadaan taska..kekalutan kakak yang beberapa kerat sahaja untuk nak commit toilet training Ruhil, besar jugak impaknya.. sbb bila dah namanya training, kegagalan tu kadang2 menambah seksa/penat kakak kalau asek ter.. dan ter.. kena bersihkan pulak, dengan kawan2 ruhil yang lain pun kena jaga jugak..
Apa yang ada sekarang pun kami bersyukur.. kakak agak ‘stabil’ walaupun bilangan sikit.. muka masih maintain senyum, ruhil masih maintian xnanges bila balik/antar taska..dan ibu percaya ruhil makan lebih teratur di taska berbanding di rumah..
Makan ruhil kt rumah sangat tidak teratur..sebab ruhil asek nak makan, dan suka stick kepada 1 jenis makanan.. klu breakfast cereal+susu..nak yang tuuuu je dr pagi smpai malam.. bila ibu masak bubur pun xlayan..sudahnya bubur tuang dalam sinki..jadinya hujung minggu ibu sangat berat nk buat y special untuk ruhil.. hanya jamah2 yang ibu n bapa makan je..tapi kt taska, jadual makan, dan menu pelbagai..ditambah faktor ‘makan berjamaah’ harap2 lebih berselera! Satu petunjuk yang senang..bila hujng minggu, najis ruhil maca org xcukup zat..tp bila weekdays.. najis macam org ‘mentakedarah’..siap ada lobak2 yang tak boleh dimasak balik tu.. hehe
Semalam selepas majlis ruhil, sempat hantar sedikit lebihan juadah kt taska 4.. kul 9mlm, tgk Kak Nor duduk kt luar taska buat kerja tulis2.. katanya baru balik training.. ibu dan bapak geleng kepala mengenangkan betapa penat jaga budak2 yang ramai, maintain training, siap buat kerja lagi pada waktu malam.. seolah2 kerja mereka terhenti bila tdur je.. memang ramai yang lari/pergi, tetapi yang tinggal tu, memang betul2 hard core! Itulah bukti siapa yang betul2 nak berkerja mencurah bakti kt budak2 tu.. dan dibelakang semua tu..ada Mak Nah la! Huhuu..
Vocab ruhil boleh tahan sekarang.. apa yang kami xpernah sebut, tp dia asek ulang..maknanya itu ‘vocab taska’ laa.. alhamdulillah, smuanya sedap telinga mendengar.. itu laa perlunya penjaga kanak2 yang baik ati n baik mulut kan.. sbb anak kami tu 'kakak tua'
‘Ya ALLAH!’..
‘Aa..aajim! Ruhil!’ ( ini maknanya..ada laa bahana dia buat kt taska smpi TAB mngucap pnjang gini)
‘penat la!..penat laa!’ – amende laa kerja y ko buat smpai penat nakk!
‘sit down cecolet..’ lagu apa, ibu pun xtau.. Hannah je paham, klu g umah Hannah!
‘mintak syikitt’
‘sakitt pelut..angiiin’ – ni sindrom bila nmpak minyak angin.. dan-dan kluar ayat ni!
‘badak..singa..zirafah’ - binatang y sblm tu sy perasan dia x kenal,skang dh kenal!
‘idumm sangat panjaaaang..kelek-kelek..!’ - ini tau..lagu Gajah!
‘ati tu yuuu’ – ini pun tau..lagu besday..kt umah xde sapa besday..kt taska la kut!
Dah boleh ikut sebutan utk menyanyi.. dan dah creative nk tukar nama..
‘ibuuu..engkau laa ratu atikuu..’
‘bapakkk..kau laa..atikuuu..’
‘chipmunkk.. kau laa atikuu..’ - dah ngarut dah..anak patung pun masuk!
‘ati tu yuuu..’
‘ati tu yuuu..bapakkk’
Satu menda yang saya xpaham sampai sekarang..bila makan n ada tinggal tulang, ruhil panggil ‘bebek’..hahaha..apa tu ek??
Ok..panjang umur.. panjang umur taska (InsyaALLAH..saya doakan) ada 2 tahun lg ruhil di situ.. tempat adik harap dah dikosongkan.. bersalin hujung Feb 2012.. masuk taska hujung April 2012 laa kut..insyaALLAH..
Semoga Mak Nah sekeluarga terus sihat, maju jaya, cemerlang dunia akhirat.. taska bleh run dgn baik..cepat2 dapat taska yang laagi besar..kakak2 y bes2 akan lebih ramai.. TAB yang ada pun semoga terus berusaha meningkatkan prestasi..