Assalamu'alaikum wbt
Sebagai ibu bapa, saya amat menghargai segala usaha pihak taska mendidik anak-anak di taska. Ketiga-tiga anak saya telah dan sedang melalui fasa pembesaran awal bersama Taska Al-Humaira'. Dan saya sering mencadangkan pada rakan-rakan saya tentang kelebihan menghantar anak-anak ke Taska Al-Humaira' berdasarkan kepada hasil yang saya lihat pada anak pertama saya.
Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan saya supaya pihak taska dapat mengekalkan atau meningkatkan kualiti yang sedia ada berkadar terus dengan kenaikan harga yang telah ditetapkan oleh pihak taska. Sekitar Bandar Baru Bangi masih banyak taska yang mana yurannya masih kurang dari RM300 per bulan bagi tahun hadapan, ada juga yang kurang RM200.00. Tapi saya tetap memilih Al-Humaira' untuk anak saya.
Dengan itu saya mengharapkan agar pihak taska tidak mensia-siakan kepercayaan ibubapa terhadap pengurusan dan pentadbiran taska. Pendidikan perlu dilakukan dengan penuh dan kasih sayang dan mempunyai pemikiran yang amat positif terhadap perkembangan pembesaran anak-anak bukan sahaja di peringkat pengurusan malah di peringkat kakak-kakak yang menjaga anak-anak.
Kakak-kakak juga perlu diambil hati agar mereka rasa seronok dan gembira ketika menjaga anak-anak ini. Peranan ini perlu diambil oleh para ibubapa amnya dan pihak pengurusan taskan khasnya. Kadang-kadang penghargaan perlu diberikan pada kakak-kakak ini di atas kepenatan mereka menjaga anak-anak seharian.
Sekian dulu.
Wassalam
No comments:
Post a Comment